Salam sejahtera,
Akhirnya setelah sekian lamanya, kita betemu lagi di laman blog yang agak usang pandangannya tapi bernas dengan idea dan kata-kata yang bisa meruntun jiwa, mengungkap pelbagai persoalan nyata, di alam ghaib mahupun maya... Ya, kengkawan, kita bertemu lagi!
Masih teringat akan pertemuan kita di Koh Samui sebuah kepulauan Thailand yang penuh syahdu dengan tiup hembus bayu dingin membisik, menyapa lembut tetamu yang menziarahi pulai kedamaian ini, masih teringat anak-anak n isteri tercinta berhiruk ketawa berbelanja seakan-akan esok sudah tiada, anak-anak girang bermain, melihat negeri orang tapi itulah hakikatnya kita ketahui betapa ramah dan sopannya mereka menyapa tetamu, sawaddikap.... ah, lembut, syahdu... riak wajah manis bukan dibuat-buat...terima kasih kerana memberi kita suasana aman dan tenteram di bumi mu ini....
Sahabat,
Penjelajahan kita pastikan bermula semula.... ibarat sireh pulang ke tepaknya, kita kembali suatu masa nanti ke bumi damaimu Tanah Thai... Phuket destinasi kita, justeru 5 keluarga pasti bertangkup semula, abg long tidak dilupa, ibarat saudara sedarah sedaging itulah dia, abg long umpama tomyam thai, tidakkan enak jika tidak bersama, apatah lgi kehadiran Lan sekeluarga, Oki Panahan Cinta, dan yang lain-lainnya, kehadiran kalian pasti menyemarakkan dan menggembirakan suasana... Kita ada matlamat, jelajah kita memori tersemat, kenangan tetap terpahat......Sebagai suami, biarkan dan bawalah anak isteri bersama, mereka syurga kita, ah..bangga kita sebagai ayah! Tepat jam 12 mlm, cahaya Hatyai makin menggila, jika mata tak terdaya, kita pasti diulit lena... mungkin kita bermimpi indah nantinya...
Maaf sahabat, hentiku penaku di sini.... catatan akan menyusul tiba nanti... harap semuanya gembira dan sejahtera, kedamaian milik kita semua.....
azraf abady menuju mimbar madrasah mendengar kulliyyah....
Tuesday, November 1, 2011
Sunday, September 4, 2011
MEMORI AIDILFITRI 2011, PEMBUKA ERA BARU BLOG AZRAF
assalamualaikum dan salam seharum kasturi,
Sudah agak dan terlalu lama blog ini sepi dan sunyi daripada nukilan, cetusan, gurau senda penaku, sentuhan malahan kiasan yang sering dirindui rakan n taulan... maaf kengkawan kerna tatkala musim 'menghilang' itu, hamba agak sibuk dengan pelbagai aktiviti masyarakat, politik, dan kerjaya harian yang semakin mencabar...
Pada kesempatan ini, izinkan tinta ini menari seketika dan menyentuh pelbagai aspek yang berlaku dari cetusan terakhir iaitu hampir setahun sebelum kita kembali bertemu di Aidilfitri 2011... Sebelum nukilan ini semakin menggila, aku ingin sekali mengucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin buat semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan yang mengenali diri ini seadanya... kalian mungkin sedang sibuk berhari raya tatkala masyarakat Malaysia di ambang sambutan kemerdekaan...Ah, puas sekali meyambut aidilfitri biarpun agak sekejap cuma...
Keluarga tercinta,
Ayah dan bonda, anakanda pulang bersama-sama keluarga demi rasa rindu yangbertahun tersimpan... sebaknya diri tatkala mencium tanganmu bonda, riak ukir senyum wajahmu ayahbonda bagai mengubat rasa sepiku selama ini...restumu memberi seribu kekuatan padaku dalam mengharung onak duri yang bakal tiba...
Terima kasih semua menyambut kepulanganku dan anak isteriku.... Memang ada kala kita berbeda pandangan, kita berbeda pemikiran, berbeda impian...namun itu bukan penghalang pada hubungan kekeluargaan... Azura, Saleha, Badli dan Boy.... kamu tetap adik2ku sampai bila-bilapun... Tahniah Badli, kau telah bertunang dengan pilihan hati, moga panjang jodohmu itu...
Rakan taulan, Abang long Zaki, Lan bistari, Din Corner, Oki kembali, Nawie serba serbi, dan yang lain2nya...aku mengkagumi kalian... kalian sahabatku dunia akhirat, susah senang bersama... patah kemudi kita layari bahtera yang lebih besar... kita penderma setia, moga balasan baik di akhirnya... Jikapun kita lama tak bersua, kita bakal berkumpul semula... pilih saja lokasi, sampai jua akhirnya... persis Lan B yang hanya ambil masa 6 minit sahaja dari SA ke JP yang jaraknya hampir 30 km.... itulah umpamanya... Aku sendiri hampir lupa jalan ke sana... Terima kasih semua.. kita tetap bersaudara.....
Cetusan : azraf abadi ( tika kembali dari madrasah al-Hidayah : Program tazkirah Aidilfitri)
Tuesday, August 31, 2010
MENGGAMIT TIBANYA AIDILFITRI
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Bertemu kita sekali lagi di arena blog yang serba indah dan mengasyikkan ini.... Maaf kengkawan budiman, agak lama blog ini menyepikan diri buat seketika... bukan kerana sedih, putus asa atau dilema tetapi keadaan yang tidak mengizinkan buat seketika apatah lagi suasana kesibukan yang menjadi halangan pena minda untuk melontarkan kata...
Kengkawan Budiman,
Apa khabar kalian semua, mudah2an kita dipermudahkan dalam segala urusan baik dunia mahupun akhirat... alhamdulillah, tika mata pena ini memuntahkan idea.. hati terusik dengan lagu arwah Sudirman ... antara bibit senikatanya, kalau tidak terkhilaf, beginilah bunyinya,
"Dalam dingin subuh hatiku terusik, kenang nasib diri di rantauan,
bergema takbir raya, menitis air mata, terbayang suasana permai desa,
Rindu hati ini inginku kembali ..pada Ayah bonda dan saudara tetapi aku harus
mencari rezeki membela nasib kita bersama..........
Hanyaku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas, dari jauh kupohonkan ampun maaf, Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama, meraikan aidilfitri yang mulia..."Restu ayahbonda kuharap selalu, hingga aku pulang kepadamu.........."
Kengkawan dan taulan,
Begitulah antara lirik yang pastinya bisa meruntun hati sesiapa yang menghalusi dan memahami... Mungkin agak janggal kerana tahun ini aku sekeluarga berhari raya jauh di perantauan, namun jauh di sudut hati ingatan pada desa tetap ada.. Kadangkala, sukar nakdiluahkan sebarang kata namun sebagai seorang bapa juga pemimpin keluarga, mahu tak mahu keinginan kemahuan bermain di arus deras yang mengalir angkuh, kudayung jua walaupun payah, andai kupasrah, itu tanda dayungnya patah... Maaf, untuk melihatku lemas sendirian, di sekelilingku masih punya isteri, dan anak2 tercinta, punyai rakan yang membina, punya saudara mara yang masih setia....Anakanda Farhan juga akan menghadai PMR, mudah-mudahan dia cemerlang, insyaallah... Papa dan Mama akan berkorban apa sahaja demi kejayaanmu.... Pada kesempatan ini, saya sekeluarga mengambil ruang untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR&BATIN.....
Pada semua yang mengenali diri kami...
Kengkawan, kita setia selama ini... ke JP, JG malah sama2 mendaki bukit nan tinggi ..sama2 menuruni lembah yang curam berjeriji... Tahniah kerana kalian masih kukuh dan sedia menderma.... Abg Long, Lan, Oki, Din Corner semakin membara dan selalu berbara... Usaha kalian semoga diberkati.... Along, abang dah punya saingan sekarang !!!!!
-sekian dr mimbar kedinginan pagi-(selepas menghirup secawan kopi panas asli)
Friday, July 16, 2010
PERJALANAN YANG BELUM SELESAI...
Sahibul sahabat, mukarramon... assalamualaikum....
Sahabat yang dirahmati Allah,
Bersyukur ke hadrat Allah swt kerna dalam jutaan makhluk di muka bumiNYa ini, aku dan keluarga antara yang terpanggil untuk mengunjungi RumahNya... Maha Besar KuasaMu a Allah, tika aku diberi kesempatan memandang, menyentuh, mencium RumahMu... tanpa kusedar airmata ini mengalir keranaNya... Titisan air mata ini seolah-olah memberi satu keinsafan yang sukar untuk diGAMBARkan dengan kata-kata...Mungkin diri ini teriingat akan kealpaan, kecuaian, keterlebihan, kekurangan, keterlajakan, dan entah apa2 lagi yg membuat diri ini rasa bersalah dan berdosa sangat... Ya Allah, kau Maha Pengampun dan Penyayang.... Berikan hidayahMu padaku dan keluarga, pada rakan2 seperjuangan dan jemputlah mereka untuk mengunjungi rumahMu dan menjadi tetamuMu pula... berikan jua kelebihan dan rezeki berlipat ganda dan melimpah ruah agar aku dapat lagi mencium RumahMu mengunjungi tempatMu bersama anak2 dan isteriku tercinta. Tatkala aku kembali dari RumahMu dan sampai di Malaysia, aku bersyukur dilimpah hidayah, bersyukur kerana selamat dalam perjalanan yang jauh namun jauh di sudut hati aku masih merasai kekosongan, kehilangan, kesyahduan, kemurnian mungkin kerna aku amat pasti perjalananku ini masih belum selesai, masih jauh, masih beralun, berombak, bergelumang pelbagai cabaran... Ya Allah, kau kurnia aku kekuatan, keteguhan iman, kekentalan jiwa dan kegagahan raga dan minda agar jikapun masih jauh peku perjalanannya, aku mampu meredah dan menuju matlamat ke akhirnya... biarpun tika itu tiba akhir riwayat yang kau berikan pada makhlukMu...
Dalam berbicara, aku terlupa pada teman seperjuangan... kalian bagiku amat berharga, sentiasa berdiri di kala suka dan duka...saat sedih dan gembira, saat genting jua sengsara, terima kasih sahabat. Baru semalam kita bersama... Pak Kantor masih dengan citarasa, yg membonjol lagi luarbias, Along pula rela bersendiri biarpun sang bunga memendam hati, Din Merapu terkial mencari biarpun di kata jaguh, hampir terduduk melihat jodoh, bagai makcik tua yg usia lebih separuh, Oki pula nampak membara, diteman dara atau janda, pabila gari sudah terbuka, hatinya rakus bak menggila... tinggal babun hatinya gundah, tiada lauk utk diratah, berdiam laksana tunggul, di hati sedih batinnya sugul... Begitulah cerita kengkawan kita, semua ada diari istimewa, catatan indah mahupun gundah, pahit diluah manis ditelan.. Tinggal aku menyendiri, tiada insan teringin dan sudi, mungkin hati sudah ditutupi, tiada lagi utk diulangi..... Aku pasrah Along, Lan, Oki, Din, Kepala Desa.. kerana bagiku apalah erti semua kemanisan dunia... pastinya hanya sementara..!!!!
Terima kasih kalian, kita masih bersama...Akhir kata, kita sesama insan patut mengasihani, saling mewarnai, sumbangan adalah harapan mereka, jika tidak mana mungkin api gas bisa menyala?
-azrafabady- dari kamar cetusan minda SKTS- wassalam.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Bersyukur ke hadrat Allah swt kerna dalam jutaan makhluk di muka bumiNYa ini, aku dan keluarga antara yang terpanggil untuk mengunjungi RumahNya... Maha Besar KuasaMu a Allah, tika aku diberi kesempatan memandang, menyentuh, mencium RumahMu... tanpa kusedar airmata ini mengalir keranaNya... Titisan air mata ini seolah-olah memberi satu keinsafan yang sukar untuk diGAMBARkan dengan kata-kata...Mungkin diri ini teriingat akan kealpaan, kecuaian, keterlebihan, kekurangan, keterlajakan, dan entah apa2 lagi yg membuat diri ini rasa bersalah dan berdosa sangat... Ya Allah, kau Maha Pengampun dan Penyayang.... Berikan hidayahMu padaku dan keluarga, pada rakan2 seperjuangan dan jemputlah mereka untuk mengunjungi rumahMu dan menjadi tetamuMu pula... berikan jua kelebihan dan rezeki berlipat ganda dan melimpah ruah agar aku dapat lagi mencium RumahMu mengunjungi tempatMu bersama anak2 dan isteriku tercinta. Tatkala aku kembali dari RumahMu dan sampai di Malaysia, aku bersyukur dilimpah hidayah, bersyukur kerana selamat dalam perjalanan yang jauh namun jauh di sudut hati aku masih merasai kekosongan, kehilangan, kesyahduan, kemurnian mungkin kerna aku amat pasti perjalananku ini masih belum selesai, masih jauh, masih beralun, berombak, bergelumang pelbagai cabaran... Ya Allah, kau kurnia aku kekuatan, keteguhan iman, kekentalan jiwa dan kegagahan raga dan minda agar jikapun masih jauh peku perjalanannya, aku mampu meredah dan menuju matlamat ke akhirnya... biarpun tika itu tiba akhir riwayat yang kau berikan pada makhlukMu...
Dalam berbicara, aku terlupa pada teman seperjuangan... kalian bagiku amat berharga, sentiasa berdiri di kala suka dan duka...saat sedih dan gembira, saat genting jua sengsara, terima kasih sahabat. Baru semalam kita bersama... Pak Kantor masih dengan citarasa, yg membonjol lagi luarbias, Along pula rela bersendiri biarpun sang bunga memendam hati, Din Merapu terkial mencari biarpun di kata jaguh, hampir terduduk melihat jodoh, bagai makcik tua yg usia lebih separuh, Oki pula nampak membara, diteman dara atau janda, pabila gari sudah terbuka, hatinya rakus bak menggila... tinggal babun hatinya gundah, tiada lauk utk diratah, berdiam laksana tunggul, di hati sedih batinnya sugul... Begitulah cerita kengkawan kita, semua ada diari istimewa, catatan indah mahupun gundah, pahit diluah manis ditelan.. Tinggal aku menyendiri, tiada insan teringin dan sudi, mungkin hati sudah ditutupi, tiada lagi utk diulangi..... Aku pasrah Along, Lan, Oki, Din, Kepala Desa.. kerana bagiku apalah erti semua kemanisan dunia... pastinya hanya sementara..!!!!
Terima kasih kalian, kita masih bersama...Akhir kata, kita sesama insan patut mengasihani, saling mewarnai, sumbangan adalah harapan mereka, jika tidak mana mungkin api gas bisa menyala?
-azrafabady- dari kamar cetusan minda SKTS- wassalam.
Saturday, May 1, 2010
LABBAIKALLAH
Labbaikallah hu malakbaik, lakbai kala shari kalakkalak baik.... inna hamda walnikmata lakawalmulk
Salam kengkawan,
Agak lama tak bersua namu di hati ini tetap mengingati kalian.... panggilan dan seruan ke Tanah suci semakin mendekati hati... justeru agak lama angah tidak dapat meluangkan masa di sini.... almaklum sejak dua menjak ni, agakk sibuk cikit...
Sebenarnya dah lama menunggu khabar kawan2 apatah kala ini Along dilanda kesedihan, Lan kian kesepian, Pak Kantor kedinginan, Din kekantolan, Oki kemarukan, tinggallah aku yang menghitung hari, entahlah... harap kalian dapat mendoakan aku selamat sampai di Makkah dan kembali dengan selamatnya, aku akan berdoa untuk kalian di sana, betapa gementar aku berada nanti di rumah Allah, pasti hati dan jiwaku menjadi gementar dan gelisah, moga Allah menerima taubah hambaNya yang banyak terlupa dan alpa dalam hidup di dunia, cabaran yang dihadapi semakin berat dan memburu ke mana2 sahaja.... Pasrah, pasrah aku dalam doa kalian, moga allahswt memberi perlindungan padaku dan memberkati usahaku selama ini... Terima kasih buat isteri dan anak2 yang sabar dan taat padaku selama ini.... kehidupan dan peristiwa yang berliku di lingkaran hidup kini begitu meresahkan...... dugaanMu ya Allah, aku semakin tak terdaya... tapi aku yakin Allahswt Maha Pengampun, Mengasihani dan Penyayang.....
Kengkawan
Andai kalian dapat turut bersamaku, alngkah bahagianya kita mengunjungi beramai2 ke Rumah Allah.... Kita mencari erti ketenangan dan kebahagiaan sebenar di sana, bukan di lorong2 gelap atau di bawah kesamaran lampu di malam hari.... Di Baitullah, kita pasti ketemu erti kedamaian, yg tiada di mana2 jua.... moga kalian akan dapat jua suatu masa nanti....
Akhir kata, maaf keterlanjuranku selama ini, andai ada salah dan silap, maafkanlah jua....
azrafabady- tika membentang sajaddah Al-Rahmah....
Saturday, February 20, 2010
MENGAMIT SEKETIKA TANAH THAI YG DAMAI
Assalamualaikum salam sejahtera,
Lama sungguh kita tak bertemu di arena blog kengkawan.... almaklumlah kerna dek kesuntukan masa dan kesibukan sang pencinta di kala ini yg banyak menghabisi masa di luar Malaysia, mencari ketenangan jiwa dan minda... menjengah seketika tanah Thai yang harmoni dan damai... bersama along yg banyak berjasa menemankan aku di kala kerisauan dan kesepian.... Khab khun kapp, beginilah pembuka bicara...
Kengkawan yang budiman,
Sejauh mana keakraban kita adalah satu nilai yang tidak mungkin ada harganya, kita sama mengharung ombak dan lautan, bersama tika susah dan senang, berjuang dan bersandiwara di alam dunia, membantu dan menderma pada yang merana, pasrah biarpun banyak yang terkena... ah, ini memang sandiwara dunia... kita pelakunya.. kita patut tau menailai berlian mahupun kaca, intan atau permata, terserahlah...!!!!
Berbalik pada tanah Thai yang mendamaikan, sekian lama hati tergerak dan terusik, ingin menggamit memori lalu di sana, kepergian kami memang tidak disangka2. Abg Lek, Zizi, Zua, mereka ini tergamam dan terharu dek kebaikan hati kami membantu masyarakat di sana... Tanya Abang Long, berbaloikah pelaburan di sana? Abg Long tahu jawapannya... jgn tanya Bob atau Babun, Pak Kantor atau Din Corner kerna mereka masih kehijauan, tidak akan ketemu jawapan yg pasti... Mungkin Lan dan Pak Kantor ada sebab2nya sama seperti Bob yg tidak bernafsu untuk menjengah Tanah Damai itu sedangkan kalaulah mereka tahu...... beginilah umpamanya, bukit berbukit2, lurah subur dan bersih, tanah-tanih gebu dan pasirnya halus benar, hutan belantara sudah dibaik pulih, mana mungkin ada kecacatan yang ditemui... Tanya Along, gimana Paragon, Saigon, Bangkok, Scorpion dan entah banyak lg yg tak mampu aku coretkan, waaahhhhhhhhh, sukar aku perjelaskan pada pak Kantor....
Baiklah kengkawan, aku amat berharap suatu hari nanti kita bakal ketemu dan berkhidmat di sana bersama-sama kerna tanggungjawab ini bukan hanya terletak pada Along atau aku semata-mata, kalian yg berdarah muda ini patut turut serta termasuklah Kepala Desa, Corner, mambang dan Oki yg pulih dari merana... di sanalah tempat engkau dapat mendamaikan jiwa....
Akhir kata. aku berhenti seketika kerna azan subuh sudah mula kedengaran... panggilan Allah sukar kuelakkan...wassalam!!!!!!!!
-azrafabadi- menutup bicara dan menuju madrasah al-Hidayah, amin.
Thursday, November 26, 2009
AIDIL ADHA ANJAKAN DI ALAF BARU
Salam eiduladha buat semua pencinta keamanan dan keharmonian,
Aidil adha kini menjelma lagi dengan seribu makna dan pengharapan... alhamdulillah tatkala takbir bergema dan berkumandang di sini-sana, aku masih mampu melakarkan sedikit juadah buat pencinta dan kengkawan yang sering melawati destinasi blog kesayanganku ini...
Apa khabar semua... malahan Pak Salim dari seberang juga saban waktu menghadirkan pertanyaan, mengapa kita membisu bahasa.. maaf Pak, buat masa ini banyak kekalutan yang melanda dan Medan bagi Along sudah tiada serinya lagi... Kappkhunkapp sawaddikap kekadang Bob terperangkap!!! Yang sudah tu sudahlah... kita bina landasan baru, kita bina titian baru, jambatan yang menghubungkan Tanah Semenanjung dan Tanah Thai yang damai dan mengasyikkan..... Kengkawan yang pernah meredahi destinasi ini memang percaya akan kemeriahan tapi memang begitulah seadanya... keajaiban dunia, keasyikan dunia, kenikmatan dunia... pastinya sementara juga adanya..............
Berbalik pada sambutan Adha tahun ni, bagiku sudah tiada seri dan makna kerna kami tidak pulang ke destinasi tercinta, entah rasanya tiada apa yang mengusik jiwa cuma sesekali terdengar takbir bergema, hati terusik akan ayahbonda dan keluarga tercinta... namun mainan yang berlegar sekejap cuma, banyak perkara yang harus kuselesaikan di sini... biarlah kalian semua bergembira di hari mulia kerana kalian memang patut menyambutnya dengan penuh kesyukuran.... Aidil Adha ini satu pengorbanan, buat kengkawan khususnya Bob, Lan dan Along serta Kepala Desa.. marilah kita bersama-sama berkorban demi sebuah matlamat abadi... usah berkorban dek rasa cinta dan keasyikan kerna itu sementara dan tiada maknanya lagi... Adha ini suatu anjakan, adha ini suatu perubahan, buat Abdul Group... kita berwajah baru.. Bob yang sering bermuka-muka, Pak Kantor sang penderma, Along manis bicara, Oki pencetus dusta, kita wajar berubah,. Anjakan ini suatu pengorbanan............ insyaallah !!!!!!!
Salam eidulAdha - dari mimbar madrasah Nurul Ain Damansara ....
Subscribe to:
Posts (Atom)
