Thursday, April 30, 2009

New Record CC n Hista n Pintu Taubah

Salam silaturrahim pencetus kedamaian hati,

Terlebih dahulu maaf dilontar andai kata bicara ini mungkin mengusik kedamaian kalian apatah sesetengahnya yang mungkin terluka bagai Sang Harimau yang kelaparan... Pe habaq kalian? Aku pasti kita semua kan tetap bersatu walau apapun berlaku kerna persahabatan kita bagai tembok Besar China, mana mungkin akan roboh ibarat BIAR GUGUR BINTANG DI LANGIT, DUNIA TAK HANCUR SEBELUM KIAMAT... persahabatan kita sejati, mulia, seiring sejalan... tidur sebantal walau mimpi berbeda...
Tersasau jauh hingga lupa tentang tajuk bicara... begini kengkawanku... Bermula awal April sehinggalah akhir... aku telah menghadiri kuliah part-timeku, 4 kali di CC dan 3 kali di Hista... sebenar kalau dilhitung sejarah Sang Babun pun tak macam ni... Bob takyah cerita lah... sekali pun dah hingaq, tetp takmau jatuh tapi macam........., sembang macam biasa.. sikit2 hantaq gambar.... tapi tak real, macam dipaksa2 jer...
Tang record ni aku nak perjelas terperinci, mungkin kengkawan pun terkejut kerna gandinganku bukan Along, bukan Bang Nawi, bukan rakan biasa tapi sedara jauh yang dulu terputus... Kembalinya Oki ke destinasi ini amat dialu-alukan apatah 3 kali dia mentelaah sekuliah denganku, kami sama2 berjaya kerana bacaannya sama, ubatan pun sama cuma cara tentu berbeda pak, tang tu jangan perlekeh keperkasaan si Paragon yang telah lama mendapat pengiktirafan... Bob aku tak tahu, latest aku dengar Lan kata la ni cepat tersentuh, sikit2 merajuk...yang kesian tiada yang pujuk......, perangai tak ubah2 ... tapi satu je yang aku tak lupa... dua-dua sama order, katanya untuk percubaan... test market, itu hak kalian....!!!!!!!!!!
Panjang pulak kali ni, aku jumpa Bang Nawi, tapi macam biasa... dia kemaruk sentuhan Carnival, makan tak kenyang tidur tak lena... ibarat cerita Shah Jehan dan Muntaj, cerita Taj Mahal tersohor... tapi ni lain sedikit cinta yang kecundang, macam Bob banyak kali kecundang.... Maaf sahabat, ka lah satu2 nya pewaris bang Nawi cuma tang dermawan, kau gagal...
Ok Sahabat, gua nak pi sembahyang Jumaat, buat ibadat agar Tuhan memberi syafaat, buat pahala jauhi maksiat, biar hidup bertambat berkat, sampai masa kan terbuka pintunya taubat.. adios, kappunka paragonkitalagisekalino..........

Thursday, April 16, 2009

GM...KINI AKU KEMBALI

Salam kedamaian buat Paragon's Members,
Tatkala malam semakin larut, fikiran melayang jauh, itulah aku yang kembali membuka lembaran blog yang kian gah dengan cerita-cerita suka dan duka, penuh kenangan pahit mahupun manis...entahlah.... di mana gerangan kengkawan kini? Jauh di sudut hati teringat pulak kengkawan... semakin deras idea diluah semakin pantas masa mencemburui... tika ini hujan turun rintik membasahi bumi Illahi... Sepantas itulah aku cuba menitipkan kata-kata agar kengkawan rasa terhibur dan ceria apatah Si Bob yang tatkala ini begitu sepi keseorangan... kekosongan jiwa tak tahu nak diluahkan ke mana... nasihatku, carilah seseorang yang mampu mengubat jiwa, usah di cari di lorongan hina, atau di tempat-tempat yang penuh syaitan bermaharajalela... nasihat ini ikhlas buat kau Bob....
Berbalik kepada tajuk luahanku... SUMPAH Bob, seumur hidup aku tak pernah bersumpah... nak di kata janji, entahlah tetapi hakikatnya kembalinya aku kini ke GM amatlah dinanti dan ditunggu ibarat sirih pulang ke gagang, keserasian, keceriaan, pendek kata apa pun yang manis semua diperoleh di sini.. GM bagiku amat suci, sesuci embunan pagi... cincang lumat tubuh ini pun tak akan berganjak mahupun berpaling tadah... itulah aku yang kau kenal Bob... kata-kata dusta bukan mainan ku, kalau dah dilontar kata, janji terpahat di dalam hati... tusuk keris racun berbisa sekalipun takkan mampu menggoyahkan sumpah setiaku... insan yang selama ini begitu dikagumi dan disayangi.... GM penuh makna, penuh illusi, fantasi, ... memang sukar nak kuluahkan kata-kata bagi membuktikan hakikat sebenarnya namun percayalah Bob, kau takkan peroleh apa-apa jika diri kau tu tidak sedar dan insaf... Hentikan sembangan takmau jatuh kerna hakikatnya macam ........... Belajarlah daripada insan-insan terpilih kerna tidaklah sukar mencari kedamaian hati cuma hati mesti bersih, jiwa jauh daripada noda, fikiran intelek dan elakkan daripada kesukaan kau yang suka merengek.. membisik kata nista, berjanji palsu dan buta, kerna balasannya Bob, neraka jahanam laknatullah..... Lan lain, walaupun keakraban kalian sukar aku nilai tapi tak semua boleh dikongsi bersama... Lan punya visi dan bercita-cita tinggi setinggi CC di tingkat 5... keserasian kalian cuma di kantor bukan digelanggang keperkasaan, tak salah jika suatu hari nanti Lan mencari di kawasan lain kerna Bob sudak tak bermaya dan berdaya... hanya kerna sembang tak mau jatuh sebiji macam .............. Biarkan,biarkan...

Friday, April 10, 2009

SAWADIKAP JUMPA LAGI D'PARAGON

Ketemu kita, salam keabadian buat teman-teman seangkatan,

Tatkala nota ini ku luahkan di sini, ternyata cuaca agak dingin dan mendung... tak tahu mengapa, mungkin meratapi Si Bob yang katanya kecundang di CC tatkala azan berkumandang dan khutbah dilaungkan... Maaf Bob, tempat yang kau sembang tu bukan aku tak biasa, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menunggang.. dari tatpan dan siasatan itu jelas bukan tempatnya... kau n Lan bukan aku tak tahu, paling tidak Histana Cinta, memang tempat itu dak sinonim dengan kau. Babun belum tentu, kadang2 kalau angin ahmar melintang patah, tempat lain pulak yang disanggah.... Bukan aku nak jatuh kan kau Bob, tapi sembang hang yang takmau jatuh itulah yang membuat aku dan along berderau... kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga... kalau setakat baru bermula jangan mengajar kami yang dah lama... kalau ilmu belum cukup perwira, jangan di cabar sang gagah perkasa... itulah bandingan dan peribahasa yang seadanya... Tapi tak mengapalah, aku tak mau ganggu keangauanmu itu, mungkin dah suratan dan ditakdirkan kau macam itu, nak buat camner... kalau Bang Long aku tahu bangat, kalau Bang Nawi, tak usah ceritalah.... pantang ada no contact dia install... itu hak masing2 , Bob... Lan Babun, dia lain sikit... sebab gerak juangnya sukar diduga, pendek kata tak kisah, takde pantang, mana ok semua dilenjan... kami agak serupa le Bob sebab tu aku nak taruk Babun tak sampai hati... kami pernah berguru sama, tang install dia lebih, tang ubatan aku yang ke depan.. pi mai pi mai... kami seangkatan, cuma makan garam je aku dulu... pengalaman lebih cikit je Bob.....
OKlah, berbalik pasal CC tadi.. aku n Along ada ke sana semalam.... kami cuma singgah seketika sambil menghirup secawan kopi percuma, dan tatkala melihat sang pria2 gagah hadir berbilang angka, kami menggeleng kepala... dalam hati "Tak Sedar ke Si Tua ni"... ye lah, usah nak hayun, lenggang sikit sakit sepinggang... bini kat umah gak jadi hamba seksaan.... entahlah dunia kadang kala agak kejam Bob...
Eh, lupa... bang Nawi ke mari... walau pun kau tak lagi berminat tapi kami mungkin gak melawat kengkawan kat GM yang hampir mati kebuluran penuh kesengsaraan... dahlah garam gula tak ada, masak dah guna kayu api, tiup sampai berbuih mulut... Ok Bob, kirim salam kat Babun, gua cau dulu...jumpa lagi kita di sini.... install tau pantun2 abang karang tu...

Saturday, April 4, 2009

MAAFLE BRO, BELUM TIBA MASANYA

aSSALAmualaikum, salam harmoni,
Buat kengkawan yang dihormati,
Rasa teramatlah kosong jika hasil pena ini tidak dapat kumuntahkan sedalam-dalamnya di halaman ciptaanku sendiri... Bob pasti rindu bangat dengan hasil pena yang sudah berbulan-bulan menemani kesunyian dan kekosongan jiwanya... apatah di saat begini, hati mudah terusik jiwa parah terkena, minda penuh curiga, namun kiasan dan kata-kata penuh berbunga...
oklah Lan dan Bob,
Gua dan ahli kumpulan PARAGORN memohon maaf atas ketidaklapangan kami untuk join kalian, bukan menolak, bukan tak sudi apatah mengeji.. dek kesibukan yang melanda schedule kami sebulan dua ni makanya kami terpaksa merehatkan segala aktiviti yang kurang sesuai... ye lah, kawasan yang hang berdua invite tu pastinya dipenuhi asap-asap durjana, di tengah kepekatan malam apa yang boleh difikirkan? Menatapi MMSkiriman kalian sudah cukup bagi aku n Along membuat imaginasi sendiri, betapa rakus dunia yang penuh noda dan dosa... entahlah, mungkin lain kali kami pasti menyertai kalian kerna, walaupun kami berdua amatlah kurang senang dengan tempat sebegitu tetapi memikirkan sahabat-sahabat, timbul pula rasa bersalah dan tak sampai hati... apatah yang mudah diracuni itu adalah adik-adik kami....Aku n Along akan menyertai kalian suatu masa nanti, mungkin hanya kita berempat kerana ibarat air sungai Nil yang mengalir, tepuk, potong, cantas... ia takkan terputus.. begitulah perumpamaan hubungan kita selama ini... susah sama susah, senang dikongsi bersama... kau punya hak kau, aku punya hak aku.. kan adil dan saksama!!!!!!
Oklah Bob, Lann dan kengkawan,
Panjang sangat pun tak boleh jugak, nanti jemu mata menatap... kirim salam semua dari Abg Chik dan Along, ada satu rahsia nak khabaq, kami berdua tak pi dah Jalan Pasar, cemuihhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!