Monday, December 29, 2008

AWAL MUHARRAM BULAN MULIA- kelahiran semula

Sahabat-sahabat setia,
Kita dah masuk awal muharam, maknanya tahun baru... hampir sama dengan new year yang bakal menjelang tak lama lagi... 2009 akan menjelma, pejam celik pejam celik, masing2 umur dah meningkat, yang tua cara tua, yang muda cara muda... jangan yang tua ingat diri tu muda selamanya.... Menjelangnya 09, terasa nak bagi nasihat pada kengkawan malahan diri sendiri juga agar sama-sama kita mendapat syafaat dari Allah swt.... Sebenarnya kita ni manusia, tidak lepas dari salah dan dosa, selalu pelupa dan alpa, gelojoh tak tentu hala walau suka menderma tapi keikhlasan tiada, ber-beri balasan diminta, semua itu banyak menginsafkan aku... Yang dibelenggu panahan metro, yang jadi Pak Sanggup, yang macam Buaya terlepas sangkar, yang bagai harimau lapar, ini semua kenangan kawan... Kita sewajarnya belajar dari pengalaman, baik jadi teladan buruk jadi sempadan.
Sahabat setia,
Aku dah bertekad, 09 mencari rahmat, agar diri dapat syafaat... jauhi diri segala maksiat, menjadi diri hamba yang taat, tempat ibadah harus didekat, hamba allah patut didekat, demi mencari keredhaan dan rahmat, moga sahabat turut sepakat, sama-sama dilimpah berkat... amin
Bob, Lan, Along, Oki, Din Corrner, Bang Nawi, Zuki, dan semuanya,
Kalian sahabat aku dunia akhirat, tanpa hangpa, dunia bagai gulita, axtiviti jadi hambar dan hampa, kini biarlah kita bersatu semula, dekati amal jauhi mungkar, tahun baru bagai BAYI LAHIR KE DUNIA.

Friday, December 26, 2008

MAAFKAN KAMI MAAFKAN KAMI

Tajuk hari ni sebenarnya takde ape, cuma Bob bila baca je blog aku tak puas hati, sedangkan niat aku memang suci... Bob salah faham, dia ingat gua kutuk tapi sebenarnya itu suara hati nurani dan suci, nasihat seorang abang yang penuh pengalaman... makan garam dulu lah katakan... Aku n along semalam jumpa kat mamak, strategi kami telah diatur dan mungkin akan tetap ke seberang melawat kawasan... tarikh belum pasti, maaflah Bob nak follow boleh tapi satu je stamina mesti kuat n pergerakan mesti kreatif, jgn statik je... Engkau belajar ngan Lan atau along, mereka pakar pergerakan, kreatif dan inovatif macam aku gak.... Lan ok bab ubah style, dia hero tapi kadangkala salah pilihan, terduduk gak... Tang pilihan, aku jarang silap... bukan berlagak atau action... petua aku mudah , lebih kurang saiz kepala Bob, jalan...itulah aku jarang kecundang.. Maaflah Bob, hang gak aku kata, tapi anggap kritikan membina... Bang nawi mai 28hb, tugas Bob menemankan dia... Jangan pulak terikut, dia no hal asal dapat install number phone itu dah kira excellent... aku, long, babun different, our target is the maximum.. no hal we make big investment but at the end we get back more... ha, itulah Bob, memilih pemimpin biar yang ada wawasan.. Bang Nawi ok sebab dia bahagian derma, sape pun tak boleh lawan... orang baik macam dia dan aku, balasannya baik lah.... itu kan hukum karma!!!
Oklah bob,
Aku ni sedang termenung di sofa, teringat2 kenangan kat C Cro...Terbayang2 akan pelbagai pelemik n drama, ia nya cukup memberikan satu titik kepuasan maksima, impak maksima... sukar nak diucapkan dengan kata2... Engkau pun tentu terkenang2, yang mudah lupa siapa.... Lan Babun, he he he he

KECUNDANGNYA BOB N LAN DI C CRO

Asl salam pembuka bicara,
Asal program nak ke seberang namun atas beberapa hal yang tak dapat dielakkan, bob menarik diri diikuti Lan dan aku dan along... Aku takpun terkejut atau rasa kempunan kerana apa sangatlah Pulau Seberang, ibarat lagu
'apalah guna ke bendang padi seberang takkan menjadi,
apalah diharap sayang kasih seberang si Bob kecundang...'
Yang menghairan dan mengejutkan aku depa berdua bagai Singa lapar, gelojoh tak keruan.. di hari Jumaat tatkala bilal mengalunkan azan yang gemersik, mereka singgah di C.C... itu aku tak kata apa, yang tak tahannya, aku jugak diajak terlibat sedangkan aku memang tak ada keinginan langsung apatah melibatkan diri dengan hal-hal seperti ini... namun atas semangat setiakawan, aku gagahkan diri juga... nyata telahanku semua tepat dan benar belaka.. Bob n Lan kecundang tapi yang kelakarnya kali ni Bob tersenyum tapi bukan Lan... entahlah buat julung-julung kalinya pilihan Bob tepat walaupun sebenarnya bukanlah setepat manapun... Bila aku risik2, Bob kecundang awal akibat kegelojohan melampau... Lan bukan kecundang sebenarnya dia tak mampu nak hadapi atau berdepan lawan yang kiasannya sekeping papan, flat malah boleh dikategorikan apartment kos murah... entahlah... aku ni ikut sahajalah....

Thursday, December 25, 2008

PULAU BATAM PULAU IMPIAN

Assalamualaikum,
Lama tak bersua di alam maya.... pe khabar sahabat GM, CARN, yang di sini, Labuan, yang di depan mata mahupun yang kesepian.. macam Bob, dah lama hidup kesepian.. Kawan-kawan semua, nampaknya satu je impian Bo kini, beralih arah beralih angin ke Pulau Batam, Indonesia.. Entahlah, sebenarnya aku tak pasti tujuan Bob tetapi memandangkan sebagai abang Ngah, nasihat abang Long agar menemankan adik Bob, aku tak bantah walau jauh di sudut hati aku cukup sayangkan tanah tumpah air sendiri Malaysia tercinta... apa hebatnya indon, yang di sana pun berhijrah mencari nafkah di Kay Ell, yang kat sana... di Crystal C pun tak terlawan, tu kira hebatlah, yang kat Brickfield pun berlambak... Itu kot yang buat Bob terkejar-kejar.. Tapi kasihan jugak si Babun, tanpa Bob lesen digantung, ada Bob lesen tergantung sama-sama untung... Buat sahabat, aku dan along ikut je... sebagai penasihat mahupun mentor, tapi ingat kengkawan, kalau sampai di sana, jangan ganggu aku kat dalam bilik ... aku suka sendiri... Bye, welcome to Batam...

Wednesday, November 26, 2008

Crystal Crown n Brickfield

Kawan-kawan,
aku ngan along pi CC ptg tadi... meriah.. takat yang Bob minat berlambak.. tapi aku memang tak rugi dapat sebesar kepala BOB... fuh...Along macam biasa, mandi spa..tengok gambar je lah bukan leh watper... Mlm ni lawat Brickfield, katanya melawat kawasan baru, barang segar import... Memang kita ni penyumbang dasar ekonomi negara, tanpa kita hancur Malaysia, kitalah dermawan yang memang selalu diimpikan, bukan macam Bob dan Bang Nawie.. sumbang banyak haram tak dapat... melopong sampai ayaq naik kepala, lepas tu dah takleh watper cuci sendiri... Ni lah padahnya,nak sumbang nak derma biar ikhlas, jgn minta atau harap balasan, berapa kali abang nak ingatkan.... Kalau sumbang harap balasan, memang Tuhan tak berkat tiada barakah... Bob, kau tu adik yang last, dengar2 nasihat abang2.. baru selamat dunia akhirat, macam Lan ok, dia selalu ikut nasihat sebab tu mudah jadi pengerusi Pudu, pendek kata setakat Pudu sampai Sentul, jangan sembanglah, banyak dah install dalam HP dia... tu baru jaguh.. BangNawie macam biasa, balik2 Labuan, lepas tu Vietnam, sekali sekala KL... pi mai pi mai tang tu, GM lopong, Carnival membunga betul2 macam Bob, eloklah kau berdua... La, aku ngan Along ada projek besar, kami nak buka bisnes, belum tengok pasaran... esok dah untong, Pak Salim pun tumpang gembira... Dalam pada tu, aku tetap berdoa agar dapat bertandang ke Madinah dan Mekah... biar adik-adik ikut ... yang baik jadi teladan... ok Kengkawan, wa cau dulu

Saturday, November 22, 2008

CERITA BARU KENGKAWAN

Assalamualaikum,
Lama lak tak bertemu kita di alam maya....... pe khabar semua? Aku kira cuti ni pun kita payah berjumpa..... Bang Nawie, katanya ke Vietnam, apa kejadahnya di sana, aku tak tahu... Bang Long sibuk ngan internet celcom dan vodafone, barang dah dapat, nak on haram tak dapat... Aku tahu along nak bukak blog, dia pernah kata nak bukak blognya sebab tak tahan baca blog orang lain. Bob lak, katanya ke Melaka, piiiiii cakap tak mahu jatuh, sembang macam.......... itu Babun selalu dok kata kat dia....... Kat Melaka ke, mana ke Bob memang macam tu, kira style abg angkatnya, Bang Nawie.. Duit beribu dahlabur, tapi melopong sampai ke la.... Bob lagi haru, baru jumpa naik angau, makan lalu tido berdengkur macam kura-kura lupa bertelur.. Lan lain, katanya out station...xleh nak pi lawat kawasan.. Engkau serah je kat along ngan aku, semua tanggung beres bang... Yang lain aku tak tahu... Along kata nak buat blog, sampai la takbuat2, macammana nak buat, sorang2 pi Jalan Pasar...balik-balik cari ikan kembung,bukan pari takada, dia kata kurang selera... entahlah... selera orang tak sama, Bob pulak seleranya semacam... ikan apa pun dia selera cuma masalahnya ikan tu setahu aku ngan along ianya ikan busuk atau ikan pekasam.... entahlah.... cerita kita memang berbeza

Monday, November 10, 2008

MUSIM CUTI KAN TIBA

Sahabat setia, salam perpaduan,
Musim cuti persekolahan kian hampir... Entahlah, ramai orang berkira-kira nak pulang ke kampung halaman, tapi tidak kami... Aku sibuk dengan tugasan pengawasan, malahan isteri pula menanda kertas.. mana ada masa nak bercuti. Lagi pula banyak pulak aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di tempat aku, mesyuarat JKKK penduduk, pemilihan AJK, perjumpaan politik dan pelbagai agenda yang bertindan-tindan... Nak melawat kawasan pun tak sempat... Bob n Lan aku tak tahu, mungkin free mungkin tidak... Along macam aku, sibuk gak tapi melawat kawasan aktiviti rutin, pening kepala katanya dengan karenah masyarakat di kawasannya, sebab tu dia banyak buat lawatan... rakyat senang dia pun lagi senang, ringan kepala. Lan pulak, orang kanannya... dulu orang kanan Bob tapi sat je, Bob tak leh pakai, balik-balik tido, tido ke tido... usah melawat, singgah pun tak nak lihat.. rela dok dalam kereta, buang masa kawan-kawan. Musim cuti ni lah musim kita menderma... buat amal, baru masyarakat hormat. Jangan pulak salah menderma, macam bang Nawi, derma-derma haram tak dapat, melopong sampai la... Aku tak leh nak buat apa-apa kat kengkawan cuma beri nasihat je lah... itulah orang panggil Bang Ngah, Bang Chik leh gak... Baru-baru pi kedai wan, makanan bagus, situlah fresh oren paling sedap aku minum, apa sebabnya? Bob tahu jawapan.... Sempena musim cuti ni, marilah kita sama-sama pi memeriahkan kedai Wan, bantu Wan membesarkan perniagaan, kalau bukan kita, siapa yang boleh diharapkan.... Buat KC, jaga-jaga... banyak Bang Chik yang menyamar.... Bob pun nak jadi Bang Chik IV tapi hampeh, cakap takleh jatuh sembang macam.... Sorry Bob, kalau tak cuit hang, tiada kehangatan... sentuhan kecundang !!!!!! Selamat bercuti kengkawan...

Saturday, November 8, 2008

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN

Hey.. bertemu semula,
Mungkin kengkawan tertanya2 apa pulak penantian tu... Bukan apa, saja aku nak merepek meraban kerana kengkawan pun macam aku asyik menunggu dan tertunggu... Apa yang ditunggu?
i. Bila nak masuk C, ramai-ramai tunggu kat kedai wan
ii.Bila nak pi pun kena tunggu kawan-kawan
iii.Bila kat H, tunggu pula turn kita...
iv.Jalan-jalan ke pasar P, masih tetap menunggu
v.Masa pilih kat GM, tunggu pulak no. yang bagus
Habis tu, apa yang tak perlu tunggu. itulah aku nak kata penantian suatu penyeksaan... Bob, mmg keje dia selalu tertungu-tunggu panggilan telefon, Lan babun.. macam biasa suka menunggu turn, janji puashati, Bang Nawie tak payah tunggu kerana ada orang tunggu, janji lumayan... Bang Long, sama macam aku tak payah tunggu kira on je lah.... yang payah sikap terburu-buru.... Ni Si Din, memang selalu terburu-buru macam cengkerik dan mentadu.... Kengkawan takkan tak nak dengar Oki, dia memang kaki menunggu.. sampai pagi pun tak apelah.... Time office, tersengguk nasib baik tak tersungkur....macam kuah dalam sudu... sikit tergucil habis kena baju...

Friday, November 7, 2008

BANGKITNYA SANG PERKASA

Salam sejahtera,
Pertemuan pahlawan-pahlawan di arena bowling M. Kiara baru-baru ini amat meninggalkan suatu kenangan indah di mana masing-masing hadir dengan satu tekad dan azam untuk menduduki takhta kejayaan. Along begitu unggul di frame pertama, Bang Nawi dan Din Corner terduduk dan tersipu. Dalam frame kedua, bangkitnya Sang Perkasa lagak perwira menumpaskan semua pahlawan dengan lontaran saktinya dan jeritan semangat kemenangan. Ternyata, kebangkitan Si Perkasa tidak mampu dihalang lagi sehinggakan Panglima, dan pahlawan yang lain teresak-esak dalam suatu tangisan penuh tragedi. Maafkan aku saudara, kebangkitan ini adalah seperti satu perjuangan... Mungkin ada yang menyimpan perasaan dendam namun bagi Sang Perkasa, tiap halangan tetap mampu dirempuh... terima kasih Din, Ang Pow tepi tu aku punye!!!!

Wednesday, November 5, 2008

NASIHAT SEORANG ABANG

Assalamualaikum pembuka bicara,
Selepas membaca komen kengkawan, aku terharu pula... ye lah sebagai insan seni dan suci setiap jiwa perlu diperhalusi... sifat menderma memang menjadi trademark kita tapi kita makin jauh lupa.... banyak insan yang serba kekurangan.. Bang Nawi pernah menderma barangan dapur, Bob setakat 10 hinggit, Along suka belanja makan, Oki lak mmg dermawan yang dah haru-biru... Aku belum lupa di mana bumi dipijak... Ye kengkawan, mari kita teruskan sifat dermawan.. bantulah setiap insan yang memerlukan.. biarlah pemberian seikhlas jiwa jauhi amalan meminta-minta... Kalau nak harap balasan, kau orang kan rasa panahan... Jangah terlajak kawan.. Kita ni pejuang perkasa, aktif dan berani.. Lan, aku nak pesan.. jaga jiran kau bob, jangan sampai angau tak keruan.. asyik-asyik minta tengok HP hang... Dia lain, line bang Nawi.. Walaupun aku ni banyak line, itu dah memang aku... ke mana-mana pun boleh masuk.. Kandang apapun boleh ikut, Bob tak leh, kandang GM kecundang, kandang C tak larat... last-last pi H ... 15 minit sembang, 3 minit dah layu.. kuncup! Tak apa Bob, bang Ngah dan Along boleh bagi petua.. Lan Perkasa II pun ada petua, cuma kau je yang tak nak join... Dekati mereka yang memng terkenal dengan sifat suka menderma dan punyai hati suci ini... OK Bob, aku kadang-kadang rindau gak kat kau, kita lum pi P, itu tempat kita pernah berkunjung.. Kadang-kadang aku terpaksa gak ikut line Bob sebab adik-adik ni, kalau tak kita nasihat dan beri panduan.... hancur lebur.. punah-ranah... terjerumus ke lembah, payah aku nak cerita... Oklah, kengkawan mari kita bersatu hati.... Yang pasti kalau kita tewas, kita mesti tebus semula... Along ngan Lan B, maruah aku akan tetap kutebus.. Itulah janji Sang Perkasa.

Tuesday, November 4, 2008

SAMA LINE PULAK

Sahabatku,
Hari ni Along ngan Lan Babun buat hal lagi... Mula-mula aku was-was nak ikut depa tapi siapalah aku nak lawan Along, derhaka pulak nanti, jadi aku terpaksa turuti haluannya... Babun, jangan cakaplah, belum aku start enjin, dia dah sampai... Sape tak kenal Lan B... dari hujung Cheras, Shah Alam, Kelang, Melaka .. kira2 dekat satu Malaysialah dah kenal, pakar B... sebab tu aku tambah nama dia Lan Perkasa II... Bukan Bob, tak sama line .. line dia line Bang Nawie... pasif.... Tang Along, hari ni aku puji, pilihan tepat... tak macam Bob, yang hutang 10 hinggit, tu pun dia tangkap.. entahlah kengkawan, kita ni rambut je hitam, hati selera memang tak sama...
Bang Nawi nak ke sini, baru balik dari Labuan.. entah apelak dalam kotak fikiran... tapi rasa2 Bob boleh agak sebab sama line... aku, Along, Lan x sama line ngan depa... kami ada agenda dan haluan tersendiri, tak lari daripada sikap dermawan yang suka membantu... Bob lak, bantu-bantu tapi ada udang balik batu... Bob, Bob berubahlah.. kita sekarang mahu perubahan... mesti ada anjakan paradigma.... Lan dan Along, kita kita satu line....

Monday, November 3, 2008

TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI

Rakan-rakan seperjuangan,
Terima kasih kalian kerana melapangkan masa untuk hadir ke majlis open houseku kali ini alhamdulillah rakan-rakan sekerja, masyarakat blok, parents dan anak2 mereka, rakan pemuda PJU, Ketua Pemuda Latt dan Apyan turut melapangkan masa bersama memeriahkan suasana... Rakan gerai mamak pun ada rakan GM macam biasa lewat ckit tapi tetap hadir...terima kasih. Yang taka berkesempatan tidak aku berkecil hati mungkin kalian ada hal lain yang lebih penting. Mungkin di lain masa dapat kita bersama semula...

Tak lupa pada Din n fsmily, Oki n family, Ronn n family, Bob , Lan dan abang Long... mereka golongan yang terakhir datang... meriah sangat apatah si Oki sentiasa tersipu apabila kawan-kawan bercerita tenntang panahan metro.... kena lak batng hidung apa nak cakap... Bob lak tak tahu nak kata apa... dia sama line ngan Bang Nawie.... mat bunga... ine serupa tu Lan n along, hari Selasa dia orang ada agenda... mungkin aku turut meriahkan suasana... Bob, kau temankan bang nawi, ok. Kasihan Bang Nawi, sorang2 kat Labuan, sekali sekala nak juga rasa ikan pekasam kot... Tp aku rasa dia cari kembong gak macam biasa la....Oklah, bang Long tlg bawa adik2 melawat jalan pasar sekali sekala biar terbuka ckit minda.... Aku pulak, rasa2 dah lama tak pi Puchong...

Friday, October 31, 2008

ABANG LONG ABANG LONG

Hei Kengkawan,
Salam sejahtera dan ketemu semula.... Aku ni pantang free... tak boleh dok diam.... ni ada cerita baru, nak kata panas tak tahulah... Suatu hari, abang long mengajak. aku kata ke mana? Jawapan ringkas, ke JalaN Pudu... aduh, aduh, aduh... kalau ikut pengalaman tengok menatang tu tergolek tergantung, sumpah aku tak mau singgah.. tp katanya barang baru, mungkin kerajaan import yang baru... tu buat aku tak boleh dok diam... Yang aku syok tu, pagi semalam, dia naik moto pi sorang-sorang.. Hey Bob, tolong2 le tengok along tu.. Lan tak boleh, sama line... Jgn lepas abg long sorang2 biar berkawan, terbabas boleh dihalang, jgn macam kawan tu.. terbabas jauh, terlentang sorang tak siapa pun tahu... Bob, ni abang ngah boleh juga panggil abg chik, nak bagi nasihat sikit... buat-buatlah berehat, jauhi segala gejala negatif... banyakkan ibadat, biar ada simpan hajat nak pi haji lak.... Cakap2 haji ni, isteri aku baru2 ni ajak pi haji tahun depan... entahlah, mungkin bagus jugak pi haji... balik2 alhaj... ok gak.. taklah aku jadi pengerusi lain selain pengerusi surau... amin., Mudah-mudahan.........

Tuesday, October 28, 2008

JUMPA LAGI

Sahabat-sahabat setia dan seperjuangan,
Terima kasih yang menerima undangan, yang tak berkelapangan tak boleh nak buat apa... Zamhariz, uztaz Yusri, sahabat lama.. apa khabar kalian.. masih setia dalam perjuangan agaknya... Nawi masih di Labuan, kerja keras kawan.. boleh top up kawan-kawan GM... top up pada yang belum kena panahan metro jer, yang teruk terkena, biarkan...! Zaki, masih sibuk dengan celcom, dah tak tahan nak bukak blog... ambil internet celcom.. cepatlah boleh join group... Zuki pulak dah nak naik ke laut, tiap masa sibuk ngan ubat, Din Corner pulak sibuk bisnes, tapi sesekali terlepas macam lipas... chut,chut,chut bunyinya ligat ... Kawan-kawan Pemuda PJU pulak semua dah rest, sekarang masa bersatu semula kuatkan perpaduan... matlamat yang sama namun yang paling utama elakkan persengketaan.... Bob ngan Lan macam biasa maintain... kita ni sama, asyik-asyik ikan keli bosan, sesekali nak jugak pari kan.... Nawi takapa... ikan kembung hari-hari pun no hal, bosan tidak, boring pun tidak....
Hal kengkawan ni memang macam-macam tapi inilah yang mendewasakan dan mematangkan kita sebenarnya, baik jadi teladan buruk jadikan sempadan... beringat semua kawan... aku takut ada yang kena kena panahan metro lagi...!!!!!!!!!!!!!??????????

Monday, October 27, 2008

SELEPAS PERSIDANGAN PERWAKILAN PEMUDA

Sahabat-sahabat pemuda,
maaflah sekiranya 2,3 minggu ni jarang dapat bersua muka... almaklumlah banyak undangan dan jemputan diterima sebagai perwakilan pemuda... Yang bertanding pun sahabat-sahabat juga, kalah menang adat bertanding.. Bro semua, gua memang hormat semua... tahniah yang menang, yang kalah, tak semestinya tiada sokongan... Kini selesai dah episod pertandingan... ah, dapatlah kini berehat sikit kat umah sambil menghayun tinta, apa khabar agaknya sahabat GM, Carnival? Bob dah awal-awal sound pi histana, kini sakit angau.. Lan macam biasa, perkasa macam aku.. Bob, gegar je kuat tapi kosong, kuat-kuat pun tak lebih 8 minit.... Lan Babun ok... dia anak buah panglima perkasa... memang terror..

Sahabat-sahabat,
Lawak-lawak juga, jemputan ke open house;
Hari : Ahad (2 November 2008)
Masa : 12.30 hingga 6.00 petang
Tempat : A-01-19 APPT Damansara Bestari,
38 Jalan Harapan Seksyen 19, P. Jaya.

Sunday, October 12, 2008

PANAHAN METRO

Ingatan Penting,
Ye Sahabat, rakan kita Nawie beria-ia minta kita lihat Harian Metro muka depan hari ini, ingatkan apa, rupa-rupanya ramai yang dah terkena termasuk hang bob, lan, zaki, mambang, din... nasib baik aku ada pendinding... kalau oki j dah lama sangkut, rebah, tersandar, dan entah apa-apa lagi keadaannya... Tapi nasib baik, kawan-kawan yang lain tak begitu cuma sikit angau je, sorang macam duduk kat taman bunga, berjam bayar pun tak apa janji boleh duduk lama-lama, sorang suka masuk toilet, buat apa aku tak tahu, sorang suka lambung-lambung, sorang lagi pantang jumpa asyik nak menyeluk, entahlah ini dunia dan dimensi baru... masing-masing kreatif... terserahlah cuma pinta dan nasihat aku, jangan pulak termakan ilmu hitam, nanti ada dua sahabat pulak yang terpinggir.... bukan dipinggirkan cuma tak ada masa lagi nak join aktiviti... bowling pun dah lama rehat, tak ada ke yang berani mencabar?
Hei Bob,
Kalau kalau dok saja asyik mengantuk, turun naik, keluar masuk.. tapi bila dah dapat macam belangkas siam, eloklah tu kau ngan nawi boleh join sama.... pasangan taman bunga!
Lan,
Kau kalau tak dapat macam angsa pulang petang, x boleh diam... nasihatku jangan dok rumah, pergi tempat yang strategik dan teruskan perjuangan... jangan lupa bawak handphone..he,he,he

Friday, October 10, 2008

PENGERUSI CARNIVAL

Sahabat-sahabat seperjuangan,

Nawie nak datang ke Kuala Lumpur 16 Oktober... Bersiap-sedia semua ahli.. Nawie akan ada di sini selama 3 hari 2 malam... Ya, satu pertarungan bowling akan diadakan di Mont Kiara, pertarungan demi menjaga maruah dan integriti diri... Kasihan si Bob, bowling sebegini tidak diminatinya... Dia amat tertarik dengan satu lagi jenis bowling yang menggunakan dua tangan... entahlah, kadang kala diri ini tidak faham... Buat si Din,Nawi, Zaki dan Okie... Bersedia dengan amukan To Nadim, Sang Perkasa kan mara dengan kegagahan yang sukar dibendung lagi... Suatu perjuangan demi memastikan lawan-lawan kecundang satu-persatu.... ah, apa benda yang kutulis ini... Mereka semua dah cukup kenal Bambang Perkasa.. Cukup Perkasa di mana-mana... Kalau tiada bantuan ubat sakti pun tetap perkasa, bukan Si Bob dan Lan Babun, perkasanya sementara... Asyik terlena dibuai khayalan, yang lain pula entah ke mana khayalannya..... maaf, aku bukan suka berkhayal yang bukan-bukan... Aku bukan Bob ... Abang long, tolong nasihatkan mereka ini... jangan asyik dibuai mimpi indah, bangkitlah bagai Tuah menggegar bagai Jebat, derhakanya bertempat..... Bagi kawan-kawan semua, kalian pasti tahu arah tujuan selepas pertarungan.... Selamat bertarung, selamat berjuang....

Wednesday, October 8, 2008

TERIMA KASIHKU PADA SEMUA

Kepada rakan-rakan dan saudara-mara tercinta,

Aku amat bangga sekali dapat bertemu kalian di hari lebaran. Terima kasih kerana masih menerima aku dan keluarga tercinta... Kesempatan untuk pulang ke Kota Bharu, Kemaman masih segar dalam ingatan... Kalian masih mengingati diri ini... Sahabat, aku masih anuar yang kamu kenali dulu dan sampai kini aku tak pernah berubah... Kita sempat bergurau-senda dan bergelak ketawa, itulah yang selalu aku impikan agar talian ukhuwah, persaudaraan, persahabatan sentiasa erat dan berkekalan... Mungkin kita tidak lama di dunia ini namun generasi ini akan bertali arus selagi belum ada tiupannya sangkakala...

Sahabat taulan,
Nawi, Oki, Mambang Tanah, Basri, Qamari, Basiron... Kalian masih tegar diingatanku, mungkin ada yang tidak kusebutkan di halaman singkat ini... maafkanlah. Suatu masa nanti, harapnya kita akan tetap bertemu dan bergembira seperti sediakala.... Buat rakan pondok, kalian tentu tak akan lupa..... BUKAN HITAM, BUKAN COKLAT TAPI BIRU... ITULAH AKU YANG BERNAMA ANUAR...

RAPATKAN UKHUWAH JAUHI AMAL MUNGKAR

Sahabat-sahabat,
Buat kesekian kalinya kita ketemu lagi di alam maya selepas sambutan aidilfitri dan alangkah leganya kita kerna dapat berhari-raya bersama keluarga tercinta, apatah saling memohon maaf atas segala kekhilafan dan kealpaan kita selama ini. Sahabat, kita kini ibarat kain yang kembali bersih dan suci tanpa secalit kehitaman ataupun noda. Justeru, apakah kita akan kembali mengotorkan, menabur benih-benih dosa dan noda hanya kerana kita dahaga dan kehausan... apakah kita rela kain yang suci itu berbaur hanyir akibat keinginan kita untuk merasai syurga duniawi...

Bob, Lan, AbangLong, Nawi, Din Zaki, Zuki
Kita semua rakan seperjuangan... Kita bisa memahami dan menasihati sesama kita... Kita sahabat dunia dan akhirat... susah sama dirasa, senang legalah kita semua... Perhalusi niat suci ini, amati kata-kata hikmat ini daripada seorang sahabat yang benar-benar terasa dirinya amat kerdil di dunia yang fana ini... Oh, sahabat... kenangi aku, azra abady!

Tuesday, September 23, 2008

POLITIK ITU KITA

KEPADA SEMUA SAHABAT, POLITIK ADALAH POLITIK JGN DICAMPUR DGN PERSAUDARAAN DAN HUBUNGAN KITA DALAM MASYARAKAT, ROSAK BINASA JAWABNYA... SAYA MENGHARGAI KALIAN DALAM POLITIK BEGITU JUGA HARAP SAUDARA MENGHORMATI PERJUANGAN DAN LANDASAN YANG SAYA PERTAHANKAN SELAMA INI...
SAUDARA SAHABATKU, PRINSIP PERJUANGAN IKHLAS DAN MUDAH... AKU PERTAHANKAN KEBENARAN... KETAATAN TIDAK SEPERTI LALANG YANG LONGLAI.. DEMI SEBUAH PERJUANGAN, BUANG SEMUA YANG BATHIL, KOTOR, KEJI DAN JIJIK... AKHIRNYA KITA KAN SAMA-SAMA MENDIAMI MAHLIGAI KEDAMAIAN DAN KEJAYAAN ABADI....... USAH KALIAN RAGUI KESETIAAN DAN KETAATANKU PADA PERJUANGAN.
KE MANAKAH HALA TUJU KITA, SAHABAT?
PERJUANGAN KITA SEBENARNYA TERHADAP AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...

Sunday, September 21, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Pada kesempatan yang terluang ingin sekali rasanya saya DAN keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.......... Jika ada terkasar dan tersilap kata, saya memohon ampun dan maaf sekalung budi... Sesungguhnya kelemahan itu memangnya daripada kealpaan saya selama ini...... Buat keluarga tercinta di Kota Bharu, salam aidilfitri, meriahnya kita dapat bersama-sama nanti... moga persaudaraan dapat dierat, hubungan mesra terjalin indah, Moga Allah memberi hidayah dan memberkati keluarga kita.... Amin. Ayahanda dan bonda, anakanda dan keluarga pasti pulang ke kampung halaman...aduhai , alangkah enaknya rendang sentuhan jejari bonda...
Ucapan ini juga buat keluarga di Pulau Pinang, ye abg tat n famili, kak ina n abg din sekeluarga, jg adik-adik wardina saffiya, izzati, wan, syihan, dan mugkin ada yangg tidak abang sebutkan .. maaf zahir dan batin... Moga kemeriahan aidilfitri dikongsi bersama, kalian selalu di ingatan kami sekeluarga...

SAHABATKU NAWIE

Sahabatku di Labuan,
Bagaimana bertugas jauh di rantau anak isteri ditinggal2, tetapi aku faham, demi mencari sesuap nasi apa rintangan ataupun ranjau, mesti ditempuh dengan ketabahan... selamat bertugas mg berjumpa kita di hari raya. Sampaikan salamku pada rakan taulan di Kemaman, sudah lama rasanya kota itu kutinggalkan.

Saturday, September 20, 2008

BOB N LAN ahli GM TEGAR

Kepada rakan-rakan GM, perjuangan kita belum selesai... banyak bantuan harus kita sama-sama hulurkan demi meningkatkan ekonomi kita. Menjadi amalan dan tanggungjawab kita untuk sentiasa peka, simpati, ikhsan akan mereka yang teraniaya, ibu-ibu tunggal, mangsa keadaan yang entah mengapa sebab musabab, kadang kala sukar dimengerti. Sama-samalah kita membantu untuk kebaikan bersama bukan membantu mengharap balasan.... Maaf BOB n Lan, jika kalian terus mengharap balasan demi suatu pertolongan, di mana keikhlasan, di mana ikhsan persaudaraan dalam hubungan kemanusiaan.... jika kalian terus begitu... aku mohon kalian berpatah pulang ke pangkal jalan bersama-samaku demi keinsafan...
BOB N LAN,
apa khabar mereka yang pernah menerima bantuan kita agaknye ye?????, yg berhutang memang takleh nak buat ape le..... RM10 Bob, takkan nak berkira ....!!!

SALAM PERSAHABATAN

Salam persahabatan buat rakan taulan atau sesiapa yang mengenali diri ini. Saya menjemput tuan/puan untuk sama-sama berkongsi maklumat atau apa sahaja demi kebaikan bersama. Saya amat berbesar hati atas sebarang komen dan segalanya. Sebagai tanda perkenalan, terima serangkap pantun;
JIKA LENGGANG SAMA SEHAYUN,
GERAK TARI SAMA SENADA,
PAHIT DAN SAKIT SAMA DITANGGUNG,
MANIS MADUNYA SAMA DIRASA.