Salam ingatan buat semua,
kengkawan yang dirahmati, agak lama tak bersua di laman ciptaan ini kerna dek kesibukan aku dengan tugas2 yang semakin membebankan sejak akhir-akhir ini.. apatah kesihatan pun agak kurang baik dek cuaca dan mungkin perubahan angin yang semakin ketara... Tatkala idea ini kutitip di persada laman blog ini, hati agak terkilan kerna tidak dapat menyertai kengkawan membuat lawatan ke D'S yang dah lama kuimpikan... ye lah bermula Ramadhan hingga Syawal berakhir tiada sempat aku meluangkan masa ke sana-sini apatah bersama kengkawan mencari ketenangan kerna pada masa ini ketenangan itu menjelma di rumah Allah sahaja... menadah tangan memohon keampunan, berdoa dan bermunajat moga kita insan yang leka ini diberi kekuatan, kedamaian, ketenangan, kesejahteraan dan diberi hidayah-Nya.....Mungkin along tak setuju dengan kata2 ini tetapi bagiku itulah hakikat kehidupan ku sekarang... berkejar mencari kebenaran..... aku semakin insaf dan pasrah dengan rantaian dan rentetan kehidupan insan sekarang.... makin menyiksa dan memeningkan... lihat di paper dan televisyen... cerita dan peristiwa yang begitu mencelarukan.. seolah2 kita ini dah hampir dengan kiamat... Bob kau baca tak?
- cerita dunia dilanda gempa berpanjangan
-banyak negara dilanggar tsunami
-insan2 ditengelami bumi
-isteri2 menderhakai suami dan pelbagai lagi rentetan peristiwa yang benar2 menyiksakan jiwaku...
Ya, mungkin kita terkhilaf dan insaf.. kita ulangi perkara yang sama semula.... Entahlah Bob, ini memang permainan dunia yang hanya manusia mampu menanganinya dengan pemikiran yang sempurna...... Kita harus mencari jalan kedamaian agar kita tidak lagi hancur dan lalai dalam meniti arus kehidupan yang semkin mencabar dan penuh keserakahan.....
Maaf Bob, andai angah tidak turur serta kerna kadang kala, kedamaian harus dilalui barang seketika demi kehidupan yang sempurna, andai kengkawan terasa, maafkan angah yang agak sederhana ini... demi kedamaian hati, angah pasrah untuk bersendiri seketika.. dan mungkin kembali semula, siapa tahu????
Sampaikan salam angah buat Along, Alan, dan semua rakan yang mengenali diri blogger bebas ini...
