Tuesday, August 31, 2010

MENGGAMIT TIBANYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
          Bertemu kita sekali lagi di arena blog yang serba indah dan mengasyikkan ini.... Maaf kengkawan budiman, agak lama blog ini menyepikan diri buat seketika... bukan kerana sedih, putus asa atau dilema tetapi keadaan yang tidak mengizinkan buat seketika apatah lagi suasana kesibukan yang menjadi halangan pena minda untuk melontarkan kata...
Kengkawan Budiman,
Apa khabar kalian semua, mudah2an kita dipermudahkan dalam segala urusan baik dunia mahupun akhirat... alhamdulillah, tika mata pena ini memuntahkan idea.. hati terusik dengan lagu arwah Sudirman ... antara bibit senikatanya, kalau tidak terkhilaf, beginilah bunyinya,
                 "Dalam dingin subuh hatiku terusik, kenang nasib diri di rantauan,
                  bergema takbir raya, menitis air mata, terbayang suasana permai desa,
                  Rindu hati ini inginku kembali ..pada Ayah bonda dan saudara tetapi aku harus   
                  mencari  rezeki membela nasib kita bersama..........
                  Hanyaku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas, dari jauh kupohonkan ampun maaf, Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama,  meraikan aidilfitri yang mulia..."Restu ayahbonda kuharap selalu, hingga aku pulang kepadamu.........."
Kengkawan dan taulan,
Begitulah antara lirik yang pastinya bisa meruntun hati sesiapa yang menghalusi dan memahami... Mungkin agak janggal kerana tahun ini aku sekeluarga berhari raya jauh di perantauan, namun jauh di sudut hati ingatan pada desa tetap ada.. Kadangkala, sukar nakdiluahkan sebarang kata namun sebagai seorang bapa juga pemimpin keluarga, mahu tak mahu keinginan kemahuan bermain di arus deras yang mengalir angkuh, kudayung jua walaupun payah, andai kupasrah, itu tanda dayungnya patah... Maaf, untuk melihatku lemas sendirian, di sekelilingku masih punya isteri, dan anak2 tercinta, punyai rakan yang membina, punya saudara mara yang masih setia....Anakanda Farhan juga akan menghadai PMR, mudah-mudahan dia cemerlang, insyaallah... Papa dan Mama akan berkorban apa sahaja demi kejayaanmu.... Pada kesempatan ini, saya sekeluarga mengambil ruang untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR&BATIN..... 
Pada semua yang mengenali diri kami...  
Kengkawan, kita setia selama ini... ke JP, JG malah sama2 mendaki bukit nan tinggi ..sama2 menuruni lembah yang curam berjeriji... Tahniah kerana kalian masih kukuh dan sedia menderma.... Abg Long, Lan, Oki, Din Corner semakin membara dan selalu berbara... Usaha kalian semoga diberkati.... Along, abang dah punya saingan sekarang !!!!!
-sekian dr mimbar kedinginan pagi-(selepas menghirup secawan kopi panas asli)