Sahabat-sahabat,
Buat kesekian kalinya kita ketemu lagi di alam maya selepas sambutan aidilfitri dan alangkah leganya kita kerna dapat berhari-raya bersama keluarga tercinta, apatah saling memohon maaf atas segala kekhilafan dan kealpaan kita selama ini. Sahabat, kita kini ibarat kain yang kembali bersih dan suci tanpa secalit kehitaman ataupun noda. Justeru, apakah kita akan kembali mengotorkan, menabur benih-benih dosa dan noda hanya kerana kita dahaga dan kehausan... apakah kita rela kain yang suci itu berbaur hanyir akibat keinginan kita untuk merasai syurga duniawi...
Bob, Lan, AbangLong, Nawi, Din Zaki, Zuki
Kita semua rakan seperjuangan... Kita bisa memahami dan menasihati sesama kita... Kita sahabat dunia dan akhirat... susah sama dirasa, senang legalah kita semua... Perhalusi niat suci ini, amati kata-kata hikmat ini daripada seorang sahabat yang benar-benar terasa dirinya amat kerdil di dunia yang fana ini... Oh, sahabat... kenangi aku, azra abady!
Wednesday, October 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment