salam indah,
Buat teman-teman seperjuangan,
Rasa sunyi pula bila blog ini di biar sepi tanpa berita, tentu bob dan babun juga along ternanti-nanti berita dan cerita baru dariku, blogger sepi sekuntum bunga sakura........ Bob, cerita statik kunoktahkan di sini kerna bagiku yang berlalu biarkan berlalu, ia tetap menjadi satu sejarah yang payah untuk dilupa...Cerita statik kusimpan sebagai khazanah muzium citra terindah... namun statik dah seperti serasi dengan kau... entahlah ...!
Berbalik kepada maulidur rasul, marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Ilahi moga-moga kita dan rakan-rakan dirahmati dan diberkati sepanjang hidup... kuseru pada semua, kembalilah ke jalan lurus, iaitu jalan penamat segalanya.... Lupa pula Bob n Babun, ubat yang kau pesan belum terima stok....... Along, aku tak pasti, ubat TB masih ada kot...
Sempena maulidur rasul juga, mari kita sama2 berdoa moga-moga segala doa dimakbulkan, segala noda diampunkan, segala kekhilafan diperbetulkan bagai insan yang mati hidup kembali... Selawatlah ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w tanpa henti, mudah-mudahan mendapat syafaat di akhir nanti.....
Sunday, March 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment