aSSALAmualaikum, salam harmoni,
Buat kengkawan yang dihormati,
Rasa teramatlah kosong jika hasil pena ini tidak dapat kumuntahkan sedalam-dalamnya di halaman ciptaanku sendiri... Bob pasti rindu bangat dengan hasil pena yang sudah berbulan-bulan menemani kesunyian dan kekosongan jiwanya... apatah di saat begini, hati mudah terusik jiwa parah terkena, minda penuh curiga, namun kiasan dan kata-kata penuh berbunga...
oklah Lan dan Bob,
Gua dan ahli kumpulan PARAGORN memohon maaf atas ketidaklapangan kami untuk join kalian, bukan menolak, bukan tak sudi apatah mengeji.. dek kesibukan yang melanda schedule kami sebulan dua ni makanya kami terpaksa merehatkan segala aktiviti yang kurang sesuai... ye lah, kawasan yang hang berdua invite tu pastinya dipenuhi asap-asap durjana, di tengah kepekatan malam apa yang boleh difikirkan? Menatapi MMSkiriman kalian sudah cukup bagi aku n Along membuat imaginasi sendiri, betapa rakus dunia yang penuh noda dan dosa... entahlah, mungkin lain kali kami pasti menyertai kalian kerna, walaupun kami berdua amatlah kurang senang dengan tempat sebegitu tetapi memikirkan sahabat-sahabat, timbul pula rasa bersalah dan tak sampai hati... apatah yang mudah diracuni itu adalah adik-adik kami....Aku n Along akan menyertai kalian suatu masa nanti, mungkin hanya kita berempat kerana ibarat air sungai Nil yang mengalir, tepuk, potong, cantas... ia takkan terputus.. begitulah perumpamaan hubungan kita selama ini... susah sama susah, senang dikongsi bersama... kau punya hak kau, aku punya hak aku.. kan adil dan saksama!!!!!!
Oklah Bob, Lann dan kengkawan,
Panjang sangat pun tak boleh jugak, nanti jemu mata menatap... kirim salam semua dari Abg Chik dan Along, ada satu rahsia nak khabaq, kami berdua tak pi dah Jalan Pasar, cemuihhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saturday, April 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment