Wednesday, June 3, 2009

CERITA SUMPAH BAI'AH DI SEBERANG

Wassalam, pada semua rakan taulan, moga sihat dan tenang, moga sejahtera berkekalan....

Ketemu kita lagi di blog kesayanganku ini tatkala pada waktu2 senggang sebegini, pelbagai isu mahu dikupas, pelbagai perkara mahu diulas, baik yang benar atau gurauan, baik yang kelakar mahupun sindiran... demi kengkawan yang budiman, izinkanku melontar dan berkongsi buah fikiran...
Benar, kali ini kita ke seberang lagi, kali ini rombongannya agak luar biasa... aku dan keluarga sama juga Lan sekeluarga cuma Along dan Bob yang single entah kapan akan tiba temannya... maaf Along, sudah tiba saatnya kau berteman, jika sakit ada ramuan, jika sepi ada peneman, yang paling utama kita tidak lagi kesejukan..... Bob, aku tak pasti... dia tahu saatnya bila mahu mencari.. serah saja pada Yang Maha Esa...
Berbalik cerita seberang, Along dan Bob nyata seronok sakan, bagaikan tidak pernah menjejaki ke seberang, entah apa yang begitu menyeronokkan, aku tak pasti kawan... Bagiku, tempat itu tak lagi asing dan biasa saja... pergi atau tidak jelas aku tidak keruan, cuma bagi merealisasikan impian isteri tercinta yang ingin merasa keindahan panorama Danau Toba, aku gagahkan diri untuk turut bersama... Walau bagaimanapun, terima kasih patut kita lontarkan pada Pak Salim yang udah bagai saudara kita... Along tahu bangat pasal Pak Salim, selang hari, selang minggu ada saja cerita Pak Salim... dia selalu menghubungi Pak Salim melalui telefon, bgi Along ... Pak Salim itu bagai tinggalnya di Kepong aja......
Kadang-kadang aku teringat juga kenangan lama, waktu itu kami bertandang bertiga ... Along, Angah dan Usu.. antara kami Usu yang makan banyak... Aku teringat pada Pak Salim, setianya dia membawa kawan.. tatkala itu kami berlafaz dan besumpah baiiah, Along pertama, kedua Angah dan akhir Usu... Aku tenang selepas berbai'ah... tapi Usu nampak gelisah seakan sikap gelojohnya datang.... kami tetap tenang... tidak pernah ada sekelumit kuman pun mahu mengkhianati Along, sumpah Along kerna kau abang yang penyabar dan budiman... sakit demam kami nak harap siapa lagi kalau bukan Along, harap Usu... perabis beras, bolehlah!!!! Kali ni Angah janji Along, Angah akan jaga Along... Angah akan pantau adik-adik terutama Usu kerna sikap gelojoh, rakus, entah apa kus-kus lagi. serah pada Angah,... itu janji Angah!!!
Ok,lah semua kengkawan, itu saja bingkisan sebelum kaki melangkah ke seberang, moga kalian tahu akan ikrar dan janji kami pada Along, kami sentiasa menyokong Along.... Terima kasih Along kerna selama ini menunjuk ajar kami....!!!! Abang Long, abang Long......

No comments: