Assalamualaikum dan salam aidilfitri buat semua rakan taulan yang mengenali diri ini...
Apa khabar kalian sekarang? Pastinya semua dalam keadaan sejahtera apatah tatkala berpeluang pulang ke daerah masing-masing dan menemui keluarga tercinta... tentu meriah suasananya...
Kengkawan semua,
Tatkala kaki melangkah merentasi sempadan, melihat panorama kampung yang permai, bertemu sanak-saudara dan rakan-rakan lama yang tak kering gusi ceritanya, teringat aku pada keakraban kita selama ini... alangkah bertuahnya kita kerana masih ramai yang sayang dan merindui kepulangan kita tidak seperti sesetengahnya yang tidak punya tempat bergantung... hanya mengharap derma simpati walau jauh di sudut hati mereka tersimpan rasa sayu dan hiba... hal ini mengingatkan aku pula pada babun kerana katanya jika kita semua tidak mahu membantu menderma, masakan hidup mereka akan ceria seperti kita...itu sekadar suatu kenangan...
Berbalik pada kepulanganku ke kota, pastinya Along, Babun, Bob, Pak Desa, Oki J return, Din kaki putar, mambang dan semuanya pasti rasa ceria dan gembira.. persahabatan yang terjalin erat di kalangan kita tidak mampu digugat barang seketika, tidak mampu diruntuh temboknya, malahan kepulangan Oki ke dakapan kita amat ditunggu dengan sepenuh jiwa.. Ingin kuberceita tatkala kaki melangkah ke teratak Oki, hati sayu meruntun hiba tika melihat Oki menyuapkan bubur pada ibu tercinta dan melihat isteri tersenyum ceria, mungkin hatinya bangga ada suami berhati mulia... Ya rakan, hal ini mungkin takkan terjadi jika hati kita hitam dan alpa... jauh disudut hati, aku sentiasa berdoa agar kita tidak akan leka dan dibuai rasa egoistika, akhinya yang terhumban adalah diri kita sendiri... Peristiwa Oki banyak mengajarku erti kesetiaan begitu juga memberi teladan pada kengkawan, walaupun kita terlajak masih ada pintu bertaubat, masih mampu mengundur langkah dan kita buka era yang baru.... era kebangkitan kita sahabat bersama...
Buat Bob yang kacau hatinya, nasihat abang patut kau telan, sematkan di sudut hati agar hidup kau Bob tidak terumbang-ambing lagi... jika setakat menjadi pengunjung setia cc mahupun histana, itu belum cukup ampuh untuk menguji kekuatan hati dan jiwa... permainan kau Bob masih terkebelakang, tidak ampuh seperti Along mahupun Babun... mereka-mereka ini hatinya tegar, jika takut dulambung ombak usah berumah di tepian pantai... sekali kaki melangkah pantang undur apatah kalah... Along semakin yakin sebab itu tanggal Syawal belum penamat, Along dah memulakan aksi yang hebat, Babun tak usah cerita.. dia perkasa, jika tidak masakan Jalan Pasar sehingga Histana mampu ditaklukinya... Jangan meniru lagak si Desa, biar hatinya ikhlas menderma tapi haluan dan destinasi tak pernah kesampaian, yang pasti HPnya sahaja pengubat rasa, tak perlu dilihat atau ditatang dengar suara hati tak keruan, itulah Pak Kantor kepala Desa kita.... Tentang Mambang mahupun yang lain, belum ada cerita yang membara, tinggal Din Corner kaki putar, dah banyak insan terkena, baik Along mahupun Angah, kami dah tak ingin mengaku kalah....
Akhir kata, sekali lagi salam dihulur di hari mulia, moga kepulangan kita selamat dan berkat, kita pasti bersatu semula... maafkan Angah andai ada yang terluka....
-azra abady- (tika berteduh di hentian Karak sambil memandang gelagat manusiawi)

No comments:
Post a Comment